Murid mengibar bendera semasa lagu Jalur Gemilang diperdengarkan...
Tengok ler..siap pakai topi jalu gemilang lagiii..bersemangat budak prasekolahh niii..
Masa ni siap dengan kawat kaki lagi ..time nii saya pasang lagu Tanggal 31 Ogos...
Masa ni siap dengan kawat kaki lagi ..time nii saya pasang lagu Tanggal 31 Ogos...
Seperti biasa setiap tahun prasekolah akan bersama-sama dengan warga skhwy membuat perancangan aktiviti semperna Sambutan Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan mewarna, memperdengarkan lagu2 patriotik sepanjang bulan kemerdekaan.. murid prasekolah dengar dalam kelas jerrr....
Mungkin murid prasekolah lebih sedikit aktiviti kerana mereka melakukan selama seminggu ...murid lain hanya satu hari jerrr...kiranya murid prasekolah lebih beruntung lerrr...almaklum la mereka kan baru belajar ..banyak perkara yang mereka perlu tahu...contohnya membuat kolaj bendera, melukis dan mewarnakan jalur gemilang...membuat topi atau perhiasan..mendengar lagu, menyanyi sambil membuat gerakan mengikut muzikk..Biasala aktiviti sebegini sering dibuat di dalam kelas prasekolah....
Murid prasekolah alah dengan muzik... dengar saja muzik mereka tidak duduk diam terus saja nak menyanyi atau menari...hehheh serupa ler dengan cikgu dia...maklum ler opsyen pun muzikkk tapi tak pandai pun sekadar ikut muzik tu boleh le....Kami tubuh koir lagu patriotik ' malaysia oh Tanah airku' emmmm lagu ni memang dipilih untuk pertandingan lagu-lagu patriotik peringkat PKG Kodiang...murid sudah mula mengafal tetapi susah sikit ler apabila masuk muzikkk...mereka terlalu laju ..jadi kereta api...
Bukannya senang nak konduk budak2 prasekolah menyanyi , tambahan pula di dalam satu pasukan...alahai jenuh juga cikgu duk ligan murid yang agak laju tuuu...tapi biasa ler belajar cara budak-budak prasekolahhh...enjoy n happy always...cikgu tidak boleh stress sangat nanti membuatkan murid2 takut..masa tuu langsung mereka senyap ..boikot tak nak nyanyi...
Ok ,saya uploadkan gambar murid prasekolah sekitar sambutan bulan kemerdekaan.. Lihat la..seronoknya mereka apabila diberi peluang mengibar bendera sambil mendengar lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang..