Saturday, December 18, 2010

Berlabuhnya Tirai 2010

Assalammualaikum, kepada semua pembaca , sekiranya sudi menjenguk my blog, tp kalau tak sudi sekalipun...sudi-sudi kan laaa... sian kat saya penat menaip ....Heee tak pa..menaip , menulis, meluah apa yang terkandung di dalam hati sanubari ni ..memang salah satu hobi saya. Dulu-dulu..saya memang ada satu cita-cita..iaitu nak jadi penulis..time tu suka sangat baca novel, tak kisah la tema apa , yang berat ke yang santai-santai je ke..pokoknya novel..best sangat2 apabila dapat membaca dengan habis..huuu lega rasanya ..puas pun ada. Tapi niat tu hanya tinggal niat saja ..tak kesampaian sehingga sekarang ni....cuma yang agak membanggakan saya saya pernah menghantar hasil nukilan saya ke salah satu ruangan akbar Bacaria, nukilan saya pernah terpilih..heheh siap ada gambar lagi..tapi sayang..sayang sungguh-sungguh..saya tak simpan keratan tuuu..tidak boleh dijadikan bukti betapa saya minat sangat dalam bidang penulisan ni..Aduh melalut pula saya ya...

Nampaknya 2010 semakin hampir menyinsihkan kan dirinya..sedih la pula yer..tapi apakan daya upaya kita bersifat baharu ni.. Perlu la kita redha akan ketentuan ini. Walau bagaimanapun di ruangan ini ingin sekali saya berkongsi cerita suka duka saya bersama anak-anak prasekolah yang amat bermakna buat diri saya sebagai seorang guru sekolah. Banyak peristiwa yang manis-manis tercipta antara saya dengan mereka. Alangkah seronoknya kalau la anak-anak murid saya dapat membaca catatan ini , tentu mereka suka dan bergembirakan....

Bermula 29 Disember 2009, saya menyambut kedatangan mereka dengan penuh keikhlasan sebagai seorang pendidik. Walaupun kekadang waktu saya merungut..hai bila la nak pencen sebagai guru prasekolah nii...letih sangat-sangat, tetapi itu sekadar rungutan, normal la tuu..sebenarnya seronok jadi guru prasekolah..jiwa sentiasa rasa muda jer...hahhah kalau tak percaya cuba la tukar opsyen.

Rasanya untuk kali ini saya tak sempat nak upload gambar-gambar dan aktiviti yang mereka lakukan, tapi tak apa insyaallah bila ada kelapangan saya akan muatkan. Cuma hari ini masa tidak mengizinkan saya melakukannya. Apapun saya ingin mengucapkan selamat tahun baru dan selamat tinggal 2010 dengan penuh kesyukuran.