Saturday, June 22, 2013

lawatan 2013

Lawatan 2013  -  20 Jun 2013 (Khamis)
Akhirnya dapat juga ku duduk berdepan dgn lptop nie...dari awal lagi dah terniat nak coretkan sesuatu ttg lawatan 2013...Satu perkara yg nak dikongsi bersama..sebenarnya mood utk pergi enjoy2 nie semakin pudar apabila teringat akan satu program Mentor Menteen minggu depan..Kecut perut sebab saya terlibat secara langsung...sudah ler diri sendiri pun tergagak-gagak nak speaking English ..nie kan pula nak srh jd pembimbing rakan2 yg lain..haaaa sah2 la nanti aku kena buli...Apapun,...biarlah dgn mentor menteen tu...insya allah mudah-mudahan Allah beri laluan mudah untuk saya...amin. 

Jom tgk lawatan kami ....
catatan terberhenti seketika.....
Pagi nie blh sambung skejab sementara menunggu encik suami pulang nak pergi buat medical checkup pula ...huuu utk kenaikan DG41

Program lawatan bersama waris merupakan aktivit itahunan yang sentiasa mendapat sambutan dari semua murid, waris dan guru. Sebelum aktiviti berlangsung mesyuarat bersama jkuasa permuafakatan telah diadakan dan persetujuan tentang tempat dan tarikh telah diputuskan.Perbincanggan awa lbersama PPMku nak ke Cameron Highland memandangkan Zoo taiping ni sudah selalu pergi.Tapi apakan daya kami perlu mengikut keputusan muktamat dari jkuasa . Akhirnya kami memutuskan ke Zoo Taiping, Muzium dan shopping kat Carefour ...okla juga tu...
Langkah pertama ialah mengedar surat persetujuan waris .Seterusnya melengkapkan kertas kerja dan dihantar ke Bahagian Perhubungan untuk mendapat kelulusan permohonan lawatan ke luar negeri.Selepas tu kita adakan taklimat kepada waris berkaitan dengan tatacara lawatan supaya perjalanan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekejab sahaja 2 minggu selepas surat dihantar kami telah mendapat maklum balas dari pihak yang berkenaan . Selepas tu berurusan pula dengan pihak zoo untuk mendapat diskaun .Seperti biasa mmg dapat pun diskaun tu murid dpt ler RM 4.00 cikgu yg bertuah dpt ler  RM6.00 tumpang tuah murid2 and waris dpt RM10.00 .
Semasa nak serah ticket ada sedikit kesilapan ..kaunter bg tiket utk murid tak ckp dpt 17 sj...haaa 2 lg kena p beli lain..tp seingat saya mmg dah bgtau 19 murid...haaa nasib baik uncle tu kata ok ..cikgu blh bawa rombongan masuk....
selepas makan..turun dari bas na kmasuk zoo...
bergambar bersama...
letih berjalan ....naik train..bestnya enjoy saja..meriahh
heeee...macam2 gelagat boleh tengok..ada yang takut
 ...tak kurang juga yan terlebih berani pun ada..


haaaa...nie snapp gambar sendiri...alahhh...teringin nak bergambar tapi tak ada orang nak ambil hhaaaa...lastly ambil sendiri...ok gak cikgu hanitulizah yang cantik  anggun ...tolong cover...heeee


Time ibu2 nak hilangkan penat sekajab,selepas habis melayan anak2 kat gerai cenderhati...anak2 ke mana pula ?  haaaa mana lagi depan tu ada taman permainan ..huuu main sakan habissssss....
Bestkan tgk wajah2 keriangan anak2 bersama ibu bapa masing2.....bergambar kenangan sebelum bertolak ke Muzium taiping...heeee  gambar cikgu Maznah jer yg tak ada......

Dalam muzium.......huuu mmg teruja ...
Ada sedikit kelainan untuk masuk k muzium nie..tahun sebelum nie tak perlu bayaran..tahun nie kena la pulak ttp murid dan cikgu yg tumpang tuah tak kena bayaran ..kecuali waris shj sebanyak RM 2.00.

 ala....sian pinaz tak sempat nak posing ngan kwn2...
letihnya.....naik tangga ke tingkat dua...huuu mmg penat...
bergambar lagi...
Masa nie....ibu2 solat kat surau muzium..cikgu kepung jap bdk2 nie utk bergambar...pastu cikgu pun rehat kejab..solat..haaaaa penat sebenarnya..lutut pun sakit...nak solat amat la ssh ..cekang lutut....alhamdulilliah blh juga buat....
Akhirnya selesai sudah lawatan ke Taiping...tepat 4.00 ptg rombongan bertolak pulang .Sebelum tu cikgu maznah minta singgah sekejab kat Gunung Semanggol utk mandi air terjun free...haaaa...segar la sikit ank2 prasekolah selepas mandi..ibu2 pun ada yg bertukar baju...
Rombongan seterusnya bertolak ke Careffour ..yg sebenarnya telah bertukar nama EonBig...haaa mmg ler ketinggalan maklumat...Syukur ler driver sporting..kredit untuk Wan...haaaa
Peruntukan masa 1 jam sahaja....area pukul 7.00 semua dah berkumpul semula kat bas...dan seterusnya rombongan bertolak pulang ..dan berhenti solat dan makan di perhentian rehat Gurun...
Naik bas ...masing2 dah tangkap lentokk..tidurrrr....alhamdulillah rombangan selamat sampai di perkarangan sekolah jam10.00 malam. Terima kasih semua yg telah memberi kerjasama bagi menjayakan lawatan ini. Syukur ke hadrat Ilahi sepanjang lawatan berlangsung semuanya berjalan lancar  alhamdulillah.Terima kasih kepada guru besar yang sentiasa memberi sokongan dan keperihatinan yang tidak terhingga.
Ahad nie saya akan edarkan borang penilaian untuk lawatan ini...isi ya ...



Friday, June 21, 2013

Majlis Imbauan Budi Puan Puteh

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi dengan Izinya ,...majlis imbauan budi sempena persaraan cikgu Puteh dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan berjalan lancar. Walaupun permulaannya menampakkan kekaburan namun berkat kerjasama dan pengalaman lalu ..warga skhwy dapat melaksanakannya dibawah satu ikatan yang bernama kerjasama... kerjasama..apa yg penting ..kerjasama dan permuafakatan...heeee namapun cikgu prasekolah mesti dia nak guna pendekatan kanak-kanak .(nyanyian ler ...baru best..)

 Selalunya tugas merisik,meyenlongkar rahsia disebalik wajah kudus ...disambar dan disempurnakan oleh cikgu Aisyah..Beliaula yg akan meletak asam garamnya...huuuu selalunya mmg power habisla.....haaaa tahun nie...sudahlah...tak ada jkuasa kecil..kesudahannya saya la yg mengambil tugas merisik nie....kuang..kuang...sewaktu cuba2 mengintai alkisah yg lepas...huuu aku pulak terasa sebakknya...kak teh relax jer....huuuu...kdg2 datang juga imbasan di kotak fikiran ....dapatkah aku merasai peluang ini ...insya allah..kalau dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik.aminn....

Jom tengok Tentatif Program

12.15 tgh    - Semua murid berkumpul di kantin
12.30 tgh    -Bacaan doa
                  - Ucapan Ketua Murid (Oleh Muhd Farid 6 Bes)
                  - Deklaminasi Sajak (Oleh Siti Maisarah 6Bes )
                  - Ucapan Pen. Kanan 1 -Pn. Zubaidah Abdullah
                  -Ucapan yang dirai        - Pn.Puteh Khamis
                  - Bacaan Biodata Ringkas  (Pn. Hanitulizah Hassan)
                  - Persembahan Multimedia (Pn.Maznah Jaafar)
                  - Penyampaian hadiah .
                  - Bersalaman.
                  - Bersurai.
                                              Semua Murid Berkumpul di Kantin

Serotan kenangan bersama cikgu Puteh .....


Lambaian terakhir....




























Sayang la pula....gambar happy2 di rumah cikgu puteh tak sempat snappp...Aduhhh macamna la nak snapp...sampai sj kat umh ..haaa emmmm yum yumm sedap ...apatah lagi perutk ku tak berisi dgn padat sejak dr pg td lagi...turun saja dr kereta ..terus ke meja hidangan ambil pinggan emmmm byknya lauk..sedap sedap la pulak...ada lagi menu special..laksam,  roti jala berkuah durian huuu kesukaanku and my family.
Kalau boleh nak rasa semuaaaa....ttp bila masuk saja nasi..emmmm dah jd ular sawa la pulaaaa....kenyang..heee relax jap..ambil la sikit roti jala rugi tak makan...laksam..emmm tak pyh la mkn lg ..lutut sakit nie ..nnti melarat pulak...
So...ini la saja yg dpt dicatat sempena majlis ini....SELAMAT BERSARA KAK TEH.

Thursday, June 20, 2013

Topeng Singa


Kreativiti yang merangkumi pelbagai kemahiran...lipatan, lukisan, tampalan... sekali buat boleh 3 kemahiran ..atau rasa2nya lebih ..Cikgu puas hati sebab semua murid boleh mghasilkan topeng sendiri..kredit untuk kumpulan 1 dan 2 yang dapat menyiapkan topeng dngan cepat ,kemas dan kreatif.Setiap hasil kreativiti anak-anak didik saya ..saya akan pamerkan di dalam kelas.

Topeng haiwan .....

Aktiviti nie memang dapat memberansang dan menarik minat murid. Jenuh juga la search kat cik google cari gambar topeng...lastly jumpa juga ...print keluar and edarkan kpd setiap murid...mula2 tu kecoh juga..sbb ..murid perempuan  minat rabbit saja...murid lelaki tak kisah pula ..cikgu boleh  bagi apa sahaja topeng ...haaa saya suka....saya suka.... haaa gitu ler karenah anak- didikku....ttp itulah yang menghiburkan..walaupun penat melayan kerenah mereka ttp syukur sangat2 saya tak pernah terasa satu bebanan dengan tugas nie..
Dapat masukkan gambar2 nie dah cukup...line yes nie..sangat melemahkan semangat untk update my blog..sloww sangat, ttp tak boleh kutuk sangat lebih baik slowwww dari tak dapat langsung.
Memang cantik sangat hasil kreativiti anak didik saya nie...saya minta mereka guna warna krayon supaya warnanya lebih terang dan cantik. Bila menggunakan warna krayon nie...perkara yang perlu diberi penekanan ialah berhati-hati..kalau salah jangan padam.,kita ajar la dulu cara nak warna menggunakan krayon nie..alhamdulillah sekali bimbing mereka dah boleh buat...apabila dah siap ..kita minta mereka gunting dengan berhati-hati ..akhir sekali kita limanatekan topeng dan tebuk lubang untuk ikat tali...
Dengan topeng nie kita boleh bahagi kumpulan untuk buat pergerakan haiwan,bunyi haiwan dan macam2lagi...

Tema Haiwan

Boleh dikatakan setiap tahun Tema Haiwan merupakan tema yg amat diminati oleh setiapmurid.Kenapa ya ?

Haaa inila yang dikatakan murid2 prasekolah belajar berdasarkan pengalaman mereka sendiri..haiwan adalah perkara yang dekat dengan persekitaran mereka, sebab tu la bila tengok saja gambar haiwan ..tak payah tunjuk banyak2 ..tunjuk kucing pun dah cukup..huuu bersorak sakan nanti...ehhhh tu kucing...cikgu2 ..rumah saya ada kucing..begitu la seterusnya,pendek kata kanak-kanak memang sinonim dengan haiwan nie..
So apa lagi ...dalam kepala cikgu ..haaa byk la aktiviti yg hdk dibuat bersama anak didik yang dikasihi tetapi bersesuai dengan ST ler..jgn pakai tangkap muat saja..haaaa buatnya ada pemantauan.. habiss...
Haaaa...dah masukpun gambar ayam..kok kok kok  selepas siap topeng nie boleh ler cikgu-cikgu guna untuk KTI pula muzik dan gerakan ..haaaa jom nyanyi bersama-sama..lagu 'Bunyi Binatang' sambil buat gerakan dengan menggunakan topeng ayam nie. Camna nakbuat ...senang saja ..guna saja pinggang polestrin yg lebih2 tu atau beli pinggan kertas...beri kertas warna kpd setiap orang murid .bimbing mereka tekapkan tapak tangan mereka..lepas tu gunting...haaaa setiap seorang akan dapat 4 tapak tangan ...cikgu tolong stepler kat atas 2 kat bawah 2...untuk paruhnya senang sahaja ambil manila kad ..gunting bentuk segitiga kemudian lekat pada muka ayam tu ler....akhir sekali minta murid-muird lukiskan mata ...