Saturday, April 20, 2013

Tenggelam Timbul

Alhamdulillah seperti setiap tahun aktiviti ini akan dijalankan bersama anak-anak prasekolah saya. Anak-anak prasekolah memang suka dengan aktiviti eksperimen nie.....Sehari sebelum aktiviti dijalankan saya dah bagi sedikit klu untuk aktiviti nie...sebut saja " esok kita akan main air kat kolam"  wowww melompat sakan dioarang.....tu la kan mmg budak2 nie sukakan air....Saya bahagikan kepada 4 kumpulan , sertiap kumpulan perlu ada botol plastik, sudu besi, pensil, kayu, selipar ,gelang  getah, pemadam, batu, pasir, plastik ,kertas ,daun, buah dan ada la beberapa objek lagi. Tapi tak semua yang mereka bawa,,,..semua bahan-bahan tu saya dapatkan dipersekitaran sekolah....sebelum aktiviti bermula..bawa la anak-anak prasekolah menikmati udara segar di tepi sawahh.... emmmm apa saja yang mereka jumpa akan mereka pungut...sampai tak cukup tangan.....

Friday, April 19, 2013

Seronoknya Belajar Suku kata

Inilah satu kaedah yang saya gunakan untuk menarik minat murid-murid belajar mengeja suku kata. Saya menggunakan slides BBM yang dibuat sendiri. Murid yang Telah Menguasai dilantik sebagai 'cikgu kecil' secara bergilir-gilir. Sesiapa yang boleh membimbing kawan-kawan yang lain akan diberi bintang. Memang berkesan murid-murid mula belajar bersaing untuk menjadi 'cikgu kecil'




Gerak Tari Prasekolah

Hebat juga anak didikku, walaupun hari pertama buat latihan dah boleh ikut step...tapi cikgu la pula yang sedikit semput. pembetulan bukan sedikit...memang semputtt. Aduihh ..macamana nak ngajar budak kalau begini rupanya. Salah siapa ya..mungkin salah muzik dan step gerak tari kut...haaaaa, helah helahhh.  
                                Inilah aksi-aksi Permata Hati Prasekolah,.... cukup membanggakan.
 
 Untung juga saya beli  alat VGA utk connect dari laptop ke skrin TV...Cadangan awal tu nak pinjam LCD sekolah , tapi malas la pulak nak berjalan pergi makmal komputer. Apapun murid2 saya boleh nampak dengan  jelas walaupun dengan menggunakan skrin Tv. Mengikut maklumat  dari Penyelia Prasekolah sehari sebelum Sambutan Hari Guru akan diadakan Gerak Tari Prasekolah . Besar kemungkinan akan dibuat peringkat daerah dahulu, tetapi itu hanya sekadar khabar angin perjalanan sebenar bagaimana , bila dan dimana hendak dibuat belum ditetapkan lagi. Tugas guru mengajar murid2 prasekolah mempelajari step gerak tari ini  sahaja serta untuk senamrobik cikgu juga..

Bestnya...dapat buat kuih sendiri.....TEMA MAKANAN

Langkah pertama : Sarungkan tangan anak-anak kita dengan plastik..mulanya ok tetapi lama2 tak ok juga sudahnya ...sebelum mereka melakukan aktiviti ini...pastikan tangan,kuku dalam keadaan yang betul- betul bersih dari segala kotoran...
Langkah kedua : Cikgu bahagikan doh kepada murid..agak2 la seoarang dapat 3 biji ...tunjuk cara ..cara hendak membuat lubang..guna minyak masak ye..supaya tidak melekat...woww  best time buat aktiviti nie..macam gaya kita boleh tgk...
 Nie la hasilnya.....cute kannn...lepas nie time utk menunggu PPM menggoreng...eemmmm tak sabar la cikgu nak ngappp....
Time untuk tabur gula....huuuu...berebut-rebut nak buat...cikgu masukkan kuih yg siap digoreng dlm besen, masuk gula kemudian minta murid bergilir-gilir goncangkan ...macam mengayak tepung tu...seronok...cuba la buat.
 Yeeeee....dah boleh makan...emmmm yum yum yum..sedapnya Cikgu....siap tambah gula lagi ..lain kali kita buat lagi ya.....ok sudah pasti tahun depan cikgu akan buat lagi Insya Allah..ttp yang pasti dengan murid2 lain pula.....