Hebat juga anak didikku, walaupun hari pertama buat latihan dah boleh ikut step...tapi cikgu la pula yang sedikit semput. pembetulan bukan sedikit...memang semputtt. Aduihh ..macamana nak ngajar budak kalau begini rupanya. Salah siapa ya..mungkin salah muzik dan step gerak tari kut...haaaaa, helah helahhh.
Untung juga saya beli alat VGA utk connect dari laptop ke skrin TV...Cadangan awal tu nak pinjam LCD sekolah , tapi malas la pulak nak berjalan pergi makmal komputer. Apapun murid2 saya boleh nampak dengan jelas walaupun dengan menggunakan skrin Tv. Mengikut maklumat dari Penyelia Prasekolah sehari sebelum Sambutan Hari Guru akan diadakan Gerak Tari Prasekolah . Besar kemungkinan akan dibuat peringkat daerah dahulu, tetapi itu hanya sekadar khabar angin perjalanan sebenar bagaimana , bila dan dimana hendak dibuat belum ditetapkan lagi. Tugas guru mengajar murid2 prasekolah mempelajari step gerak tari ini sahaja serta untuk senamrobik cikgu juga..
No comments:
Post a Comment