Saturday, July 31, 2010

Lawatan Ke Zoo Taiping

Bergambar bersama kak atin...di luar muzium taiping...belakang tu kepala keretapi
.Ada banyak lagi benda2 bersejarah kat sini...emm menarik dan sesuai untuk murid2 sekolah....sejarah perlu diajar dan diterangkan kepada mereka .....generasi akan datang...
Masa ni...tengah tunggu bas untuk ke muzium Taiping... sempat lagi bergambar dengan sebahagian murid prasekolah....yang lain....entah..letih sangat kut.....

Kesian dekat Soleh yang bergelar handsome boy.....demam panas....mungkin tak tahan dengan sejuk kut...masa di dlm bas....mama dia baru perasan selepas makan tengahari di bukit larut....sampai je di zoo...dia muntah,....Jadi semasa kawan2 yang lain sedang asyik dengan 'kawan'2 dlm zoo...soleh diam saja.



Masa ni kat dalam muzium...waris dengan murid2 berselerak..jadi tangkap yang ada saja le....boleh la buat kenangan



Ha......ni dia ...rombongan skhwy ke zoo Taiping.....waris, cikgu2 dan murid prasekolah yang disayangi......




Apa pasal pula dengan Farhana tuuuu.....orang tgh asyik berposing dia buat hal diaaa je....



Masa nii...baru turun dari keretapi...berlatar belakangkan kawasan gajah....wauuu...bestla bawa waris2 ni...riuh rendah kat atas train....ade saja mereka nak tegur tentang 'kawan'2 kat dalam zoo tuuu....masa ni semua tengah ketawa ..kenapa? aaaaa lihat gajah menari......


Sedang menanti train.....bukan main lagi murid2ku...nak jumpa haiwan2 kat dalam zoo....alhamdulillah dapat muat semua ahli rombongan...walaupun pada awalnya tercicir 3 orang...mujur la cikgu za cepat bertindak...dia berkeras juga suruh waris tu naik train yang sama...jika tidak kesian le .....terpisah dengan group....terima kasih Za....

He3....ni..la kawan2 saya yang sudi pergi ke zoo taiping...buat semangat..sebenarnya saya bimbang dan rasa berdebar sangat untuk ke zoo ni...almaklumlah saya ni cepat 'gabra
' Terima kasih untuk cikgu azliza dan cikgu azizah....ada lagi ustazah Musmuzielawati ngan suami dan tentulah pembantuku pn.Norsobah....


bestkan tengok mereka mandi....rugila tak masuk aktiviti ni dalam kertas kerja...bimbang takut perkara yang tidak diingini berlaku...tambahan pula saya tak pernah sampai ke bukit larut ni...oooooo rupa2nya best...lihatlah anak muridku yang nakal ...melanggari arahan......he3 anakku sendirila farhana dan shahira..... member2 yang lain pun cuba2 juga tetapi ..takut dengan suara2 dari atas...siapa lagi mama mereka le......



Haaaaaa......masa ni kami sedang menjamu selera di kaki bukit larut....syok makan sambil lihat air mengalir dicelah2 batu......bunyi air memang mengasyikan......tengok le...zie melayan kerenah si kecilnya......









Atas bas...semasa nak bertolak...sebelum bertolak saya beri taklimat sedikit tentang keselamatan anak2 dibawah t/jawab waris... selepas itu pn. norsobah mengepalai membaca doa , alhamdullilah.....perjalanan kami selamat pergi dan balik



Terima saya hulurkan buat semua yang terlibat di dalam menjayakan lawatan sambil belajar ini. Mudah-mudahan ia akan memberi impak yang positif kepada murid2 prasekolah . Tidak lupa juga untuk tuan guru besar yang telah mencadangkan beberapa tempat untuk dilawati...tetapi tidak semua tempat yang dicadang itu kami pergi....kerana kesuntukan masa dan salah seorang murid tidak sihat. Sebenarnya tuan guru besar memang bercadang untuk bersama-sama dalam lawatan ini, tetapi kerana ada hal yang lebih penting beliau tidak dapat turut serta. Walau bagaimanapun lawatan ini telah mencapai objektif dan matlamatnya. Hubungan antara waris dan komuniti luar dengan pihak sekolah juga bertambah erat. Terima kasih sekali lagi untuk semua yang terlibat.







Sunday, July 25, 2010

aktiviti gotong - royong

Alhamdullilah...syukur ke hadrat Ilahi..apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Walaupun kehadiran waris tidak mencapai sasaran tetapi kerja-kerja yang dirancang dapat disempurnakan juga. Terima kasih saya ucapkan di atas kehadiran waris yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.
Semoga majlis seperti ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan di antara pihak sekolah dengan komuniti luar. Terima kasih juga kerana sudi memberi sumbangan pokok bunga untuk menambahkan lagi keceriaan persekitaran prasekolah. Sebagaimana yang perlu kita tahu keceriaan persekitaran dan kelas prasekolah amat penting untuk meningkatkan lagi prestasi p&p murid-murid prasekolah.




Sesudah selesai bergotong-royang...emmm tunggu apa lagi kita menjamu selera la pula...tapi ala kadar sahaja..bihun singapo..je..nak berjimat cermat......

Tengok tuuuu...waris perempuan ni memang sporting habis...datang saja terus minta nak buat kerja...sebab kalau lewat nanti panas...emmmm betul juga..kawasan prasekolah kami tak ada pokok besar...untuk menumpang teduhhh....

Amboiiiii.....bestnya ..buat kerja sambil bercerita tentang anak-anak...cikgu prasekolah diam saja no komen....eeehhhh mana boleh duk pecah rahsia anak
-anak didiku......mereka sangat bernilai buatku ......

Tu dia...baru nampak waris lelaki...hemmm ada la seorang..jadilah buat penawar hati...selalunya waris perempuan yang datang..mungkin orang lelaki segan kut dengan cikgu pra ...tetapi syukur sangat2..cik Salleh ni memang best ..mujur la ada cik Salleh tidaknya kami campur air dalam cat minyakkkkkk......


Haiiii......tak gayat ke....lihatlah betapa tekunnya..mereka mengecat permainan anak2 prasekolah...terima kasih daun keladi..kalau dijemput datanglah lagiiiii.




Wednesday, July 21, 2010

kejayaan yang pernah dimiliki

Adik Farhan Harun mewakili daerah kubang pasu karnival prasekolah peringkat negeri kedah. 2009.



Adik Farhan menanti dengan penuh debar untuk mengambil hadiah tempat kedua hafazan daerah kubang pasu 2009.


Murid prasekolah sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan lagu patriotik ..syabas tempat kedua 2008.


bergambar sebelum membuat persembahan nyanyian dan gerakan peringkat PKG kodiang...tempat kedua 2008.






Antara anugerah dan kejayaan yang pernah kami miliki......


  • Naib Johan --Nyanyian dan gerakan peringkat PKG kodiang 2008.

  • Naib Johan --Pertandingan Lagu Patriotik Daerah Kubang Pasu

  • Johan --hafazan daerah Kubang pasu 2007.
  • Johan --hafazan daerah Kubang pasu 2008.

  • Johan --hafazan daerah Kubang pasu 2009.

  • Johan --Bawa bola dengan kayu hoki daerah Kubang Pasu 2010.













Monday, July 19, 2010

Majlis persaraan cikgu non

Sepanjang saya berada di skhwy, ini majlis persaraan yang kedua...pertama majlis dibuat untuk cikgu Man...kami buat rombongan hantar beliau ke Bidong lepas sekolah. Program diatur dengan teliti tanpa pengetahuan cikgu non...tapi dia tahu...ada spy bagitau. Pada pukul 12 tengahari semua murid dikumpulkan di kantin sekolah. Sebentar kemudian beberapa orang guru menjemput cikgu Non di biliknya dan dibawa ke kantin. Guru besar memberi sedikit ucapan dan disusuli dengan sepatah dua kata dari hati kecil cikgu non. Tak dapat tidak ada juga linangan si air mata di kelopak mata. Sungguh terharu..suasana menjadi hening seketika...sunyi dan terasa sayu sekali. Saya mula berfikir...akan adakah saat ini untuk diriku apabila tiba masanya nanti..insya allah. Rupa-rupanya bukan saya seorang berfikir sedemikian ..ramai lagi kawan sekerja mula pasang angan2....apabila sampai waktu itu. Tambahan pula bagi cikgu2 yang ala2 senja tu,.....hiihi3 jangan marah gurau je...tak sabar2 hendak melaluinya...letih ...nak berehat di rumah..nak main dengan cucu pula. Begitulah adat manusia..sampai waktu dan ketika titik muat dalam diri akan dicapai. Saat itu, bagaikan dibuang mati emak ditelan mati bapa, tetapi saya respect dengan cikgu non..sampai hari terakhir beliau bertugas...cikgu non masih smart, tali leher tidak sesekali ditanggal...emmm fail2 semua konflik. Lepas ni sesiapa yang menggantikan tempat beliau , boleh goyang kaki le..untuk seketika .
Episod yang lebih mengharukan apabila semua staf naik ke pentas untuk bermaaf-maafan dengan cikgu non. Sebenarnya saya bukan boleh lihat orang tersedu sedan, saya mudah berjangkit... eeeemmm cikgu liza dah mula dah...sampai merah batang hidung....apa lagi cari tisu la...mujur la tidak teruk sangat boleh juga kontrol ...malu pula dengan murid-murid . Tapi tak apa , biar mareka tahu erti perpisahan, ini juga satu pembelajaran dan pengajaran...kenapa orang menangis....????
Cikgu nazli memang cepat bertindak, sekejab sahaja beliau dapat menyusun murid di tepi laluan, cikgu non diiring ke kereta ...siap berpayung warna diraja lagi...bab2 ni cikgu aisyah la yang pronya. Sanggup menyewa payung dekat butik pengantin. Cayalah cikgu Aisyah.
Selesai acara di sekolah..cikgu non menaiki keretanya sendiri pulang ke teratak beliau di Padang Siding, Arau Perlis, tetapi cikgu non jadi tuan besar, ada pemandu yang memandu kereta. Bestkan cikgu non..sesekali merasai tuan besar. Ramai juga cikgu2 yang turut di belakang kereta untuk bersama-sama menghantar cikgu non pulang. Termasuklah saya and the geng...wauuuu ada jamuan pula di situ...eeeemmmyummm sedap...Sampai di sana kami disambut oleh cikgu sekeluarga...makan sampai kenyang..lepas bersalam-salaman dengan tuan rumah kami berangkat pulang. Berakhirlah sudah kerjaya seorang guru....untuk cikgu non segala jasamu amat dihargai dan dikenang selalu. Selamat menikmati hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan dan semoga dirahmati selalu.



























Sunday, July 18, 2010

latar belakang prasekolah skhwy

Prasekolah Sk Hj Wan Yahya telah ditubuhkan pada tahun 2003, di bawah program perluasan . Bilik prasekolah di tempatkan di bangunan yang berhampiran dengan sawah dan kantin sekolah. Suasana nyaman memang sangat sesuai untuk pendidikan awal kanak-kanak. Cikgu Zakaria Ansori selaku guru besar menerima tawaran untuk kelas prasekolah dengan hati yang berbelah bahagi kerana pada ketika itu sekolah sememangnya tidak mempunyai bilik yang sesuai untuk dijadikan kelas prasekolah tambahan pula tiada guru yang mempunyai opsyen .

Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah kelas prasekolah dapat juga dibuka pada awal tahun 2003. Guru prasekolah ialah Pn. Maznah bt Jaafar dan Pembantu Prasekolah ialah Pn. Nor Sobah Che Man.Kini kelas prasekolah telah memasuki 8 tahun bertapak di skhwy.Harapan setinggi gunung mudah-mudahan prasekolah dapat mencapai objektifnya untuk melahirkan anak didik yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Kenali Guru Prasekolah


Selamat Datang ke Portal


Prasekolah Bestari
Guru Prasekolah
Pn. Maznah bt Jaafar
Sebelum menjadi guru prasekolah saya merupakan guru pusingan dan juga penyelaras PSS. Disamping mengajar mata pelajaran teras untuk tahun 4 dan matematik tahun 2, saya juga mengajar pendidikan muzik bagi tahun 6. Memangla seronok mengajar muzik sebab itu opsyen saya tetapi memandangkan di skhwy sudah ada guru muzik jadi saya hanya mengajar satu kelas sahaja. Pada awal tahun 2002 saya diberi tugas yang saya rasa agak berat iaitu mengganti cikgu Puteh Khamis mengajar Tahun 1. Tentulah berat bagi diri saya, kerana untuk mendidik murid tahun 1 ni perlu ada kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Alhamdulillah saya pikul juga tanggungjawab tersebut....tak sangka seronok sangat...masa tu saya bersama cikgu Azizah. Kelas saya kelas nombor 2, tentulah lebih mencabar...Ramai murid saya tidak mendapat pendidikan awal di Tadika atau sebagainya ketika berumur 6 tahun. Kami selalu berbincang bagaimana hendak menolong meningkatkan prestasi murid2 ini. CIkgu Azizah banyak menolong saya kerana beliau sudah berpengalaman mengajar tahun 1. Tiga bulan saya galas tugas ini disamping menjadi penyelaras PSS. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berupaya menjalankan tugas ini dengan baik. Apabila guru besar menyatakan hasratnya untuk menghantar saya berkursus KDP Prasekolah di IPDA , saya sebenarnya memang takut hendak menerima tawaran itu,...banyak sebabnya..antaranya saya tak boleh memandu sendiri, masa tu anak kecil saya berusia 6 bulan..suami pulak kerja time pejabat.. banyak perkara saya fikirkan. Tetapi ini lah dinamakan takdir dan setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya berbincang dengan suami dan akhirnya saya berjaya juga menjalani kursus di IPDA. Apa hikmah yang saya dapat..emmm tentulah saya boleh membawa kereta sendiri..sebenarnya saya sudah memiliki lesen memandu tetapi tidak berani ....Bila berlaku keadaan terdesak begini ..aaaa baru boleh. Alhamdullilah .....banyak yang saya dapat daripada kursus tersebut..pengalaman dengan kawan2... yang seperti saya zero tentang pendidikan awal kanak-kanak . Panduan dan bimbingan daripada pensyarah telah memberi impak yang baik dan berkesan untuk saya mengendalikan kelas prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan yang sudi memberi tunjukajar dan tidak lokek dengan idea dan cadangan. Semasa saya sedang berkursus di sekolah kelas prasekolah sedang dibina.....Awal tahun 2003 kelas prasekolah saya berjaya dibuka dengan nama Prasekolah Bestari. Seramai 30 orang murid yang memohon tetapi ajk pemilihan memilih yang layak sahaja iaitu 25 orang sahaja. Guru Besar telah memilih sendiri pembantu prasekolah, seramai 4 orang yang memohon tetapi yang bertuah ialah Pn. Nor Sobah... tetapi sayang seribu kali sayang beliau hanya datang bertugas 2 hari sahaja..beliau mengambil cuti sakit..selama hampir 3 bulan. Saya seorang yang mengendalikan kelas prasekolah..pada ketika itu barulah saya tahu langit tinggi ke rendah. Apa yang ada dalam hati ...eeeeee.. menyesal semuanya ada... Cuba bayangkan saya perlu mengajar..sebelum mengajar kena cuci kelas..perlu pastikan keselamatan dan sebagainya..lepas mengajar cuci tandas., cuci longkang..dan macam2 lagi..Saya menangis sorang2,,,saya penat sangat..time makan saya orde kantin. Murid-murid pula ada yang tidak mahu berenggan dengan ibu lagi..puas memujuk tetapi tak jalan..akhirnya dengan ibupun saya mengajar. Tetapi alhamdulillah saya bersyukur sangat..waris yang menunggu anaknya itu banyak membantu saya.
Begitu la sedikit sebanyak pengalaman sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan prasekolah ini. Saya mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk betul2 mengenali apa itu Prasekolah. Sekarang kalau diberi pilihan lagi saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang prasekolah ini, tetapi rezeki saya bukan dalam prasekolah tetapi dalam bidang lain. Terima kasih diucapkan kepada kawan2 di PKG Kodiang, PPD Kubang Pasu lebih2 lagi Pn. Osma yang banyak sangat memberi pendedahan dan bimbingan yang membina untuk guru prasekolah. Juga tidak lupa kepada guru2 di skhwy yang sudi menolong seadanya berkaitan dengan program prasekolah sama ada peringkat sekolah ataupun peringkat PPD dan JPN. Sesekali juga tidak lupa untuk suami dan anak2 yang amat memahami erti kesibukan menjadi seorang guru prasekolah .