Monday, July 19, 2010

Majlis persaraan cikgu non

Sepanjang saya berada di skhwy, ini majlis persaraan yang kedua...pertama majlis dibuat untuk cikgu Man...kami buat rombongan hantar beliau ke Bidong lepas sekolah. Program diatur dengan teliti tanpa pengetahuan cikgu non...tapi dia tahu...ada spy bagitau. Pada pukul 12 tengahari semua murid dikumpulkan di kantin sekolah. Sebentar kemudian beberapa orang guru menjemput cikgu Non di biliknya dan dibawa ke kantin. Guru besar memberi sedikit ucapan dan disusuli dengan sepatah dua kata dari hati kecil cikgu non. Tak dapat tidak ada juga linangan si air mata di kelopak mata. Sungguh terharu..suasana menjadi hening seketika...sunyi dan terasa sayu sekali. Saya mula berfikir...akan adakah saat ini untuk diriku apabila tiba masanya nanti..insya allah. Rupa-rupanya bukan saya seorang berfikir sedemikian ..ramai lagi kawan sekerja mula pasang angan2....apabila sampai waktu itu. Tambahan pula bagi cikgu2 yang ala2 senja tu,.....hiihi3 jangan marah gurau je...tak sabar2 hendak melaluinya...letih ...nak berehat di rumah..nak main dengan cucu pula. Begitulah adat manusia..sampai waktu dan ketika titik muat dalam diri akan dicapai. Saat itu, bagaikan dibuang mati emak ditelan mati bapa, tetapi saya respect dengan cikgu non..sampai hari terakhir beliau bertugas...cikgu non masih smart, tali leher tidak sesekali ditanggal...emmm fail2 semua konflik. Lepas ni sesiapa yang menggantikan tempat beliau , boleh goyang kaki le..untuk seketika .
Episod yang lebih mengharukan apabila semua staf naik ke pentas untuk bermaaf-maafan dengan cikgu non. Sebenarnya saya bukan boleh lihat orang tersedu sedan, saya mudah berjangkit... eeeemmm cikgu liza dah mula dah...sampai merah batang hidung....apa lagi cari tisu la...mujur la tidak teruk sangat boleh juga kontrol ...malu pula dengan murid-murid . Tapi tak apa , biar mareka tahu erti perpisahan, ini juga satu pembelajaran dan pengajaran...kenapa orang menangis....????
Cikgu nazli memang cepat bertindak, sekejab sahaja beliau dapat menyusun murid di tepi laluan, cikgu non diiring ke kereta ...siap berpayung warna diraja lagi...bab2 ni cikgu aisyah la yang pronya. Sanggup menyewa payung dekat butik pengantin. Cayalah cikgu Aisyah.
Selesai acara di sekolah..cikgu non menaiki keretanya sendiri pulang ke teratak beliau di Padang Siding, Arau Perlis, tetapi cikgu non jadi tuan besar, ada pemandu yang memandu kereta. Bestkan cikgu non..sesekali merasai tuan besar. Ramai juga cikgu2 yang turut di belakang kereta untuk bersama-sama menghantar cikgu non pulang. Termasuklah saya and the geng...wauuuu ada jamuan pula di situ...eeeemmmyummm sedap...Sampai di sana kami disambut oleh cikgu sekeluarga...makan sampai kenyang..lepas bersalam-salaman dengan tuan rumah kami berangkat pulang. Berakhirlah sudah kerjaya seorang guru....untuk cikgu non segala jasamu amat dihargai dan dikenang selalu. Selamat menikmati hari-hari mendatang dengan penuh kegembiraan dan semoga dirahmati selalu.



























No comments:

Post a Comment