Sunday, July 18, 2010

Kenali Guru Prasekolah


Selamat Datang ke Portal


Prasekolah Bestari
Guru Prasekolah
Pn. Maznah bt Jaafar
Sebelum menjadi guru prasekolah saya merupakan guru pusingan dan juga penyelaras PSS. Disamping mengajar mata pelajaran teras untuk tahun 4 dan matematik tahun 2, saya juga mengajar pendidikan muzik bagi tahun 6. Memangla seronok mengajar muzik sebab itu opsyen saya tetapi memandangkan di skhwy sudah ada guru muzik jadi saya hanya mengajar satu kelas sahaja. Pada awal tahun 2002 saya diberi tugas yang saya rasa agak berat iaitu mengganti cikgu Puteh Khamis mengajar Tahun 1. Tentulah berat bagi diri saya, kerana untuk mendidik murid tahun 1 ni perlu ada kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Alhamdulillah saya pikul juga tanggungjawab tersebut....tak sangka seronok sangat...masa tu saya bersama cikgu Azizah. Kelas saya kelas nombor 2, tentulah lebih mencabar...Ramai murid saya tidak mendapat pendidikan awal di Tadika atau sebagainya ketika berumur 6 tahun. Kami selalu berbincang bagaimana hendak menolong meningkatkan prestasi murid2 ini. CIkgu Azizah banyak menolong saya kerana beliau sudah berpengalaman mengajar tahun 1. Tiga bulan saya galas tugas ini disamping menjadi penyelaras PSS. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berupaya menjalankan tugas ini dengan baik. Apabila guru besar menyatakan hasratnya untuk menghantar saya berkursus KDP Prasekolah di IPDA , saya sebenarnya memang takut hendak menerima tawaran itu,...banyak sebabnya..antaranya saya tak boleh memandu sendiri, masa tu anak kecil saya berusia 6 bulan..suami pulak kerja time pejabat.. banyak perkara saya fikirkan. Tetapi ini lah dinamakan takdir dan setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya berbincang dengan suami dan akhirnya saya berjaya juga menjalani kursus di IPDA. Apa hikmah yang saya dapat..emmm tentulah saya boleh membawa kereta sendiri..sebenarnya saya sudah memiliki lesen memandu tetapi tidak berani ....Bila berlaku keadaan terdesak begini ..aaaa baru boleh. Alhamdullilah .....banyak yang saya dapat daripada kursus tersebut..pengalaman dengan kawan2... yang seperti saya zero tentang pendidikan awal kanak-kanak . Panduan dan bimbingan daripada pensyarah telah memberi impak yang baik dan berkesan untuk saya mengendalikan kelas prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan yang sudi memberi tunjukajar dan tidak lokek dengan idea dan cadangan. Semasa saya sedang berkursus di sekolah kelas prasekolah sedang dibina.....Awal tahun 2003 kelas prasekolah saya berjaya dibuka dengan nama Prasekolah Bestari. Seramai 30 orang murid yang memohon tetapi ajk pemilihan memilih yang layak sahaja iaitu 25 orang sahaja. Guru Besar telah memilih sendiri pembantu prasekolah, seramai 4 orang yang memohon tetapi yang bertuah ialah Pn. Nor Sobah... tetapi sayang seribu kali sayang beliau hanya datang bertugas 2 hari sahaja..beliau mengambil cuti sakit..selama hampir 3 bulan. Saya seorang yang mengendalikan kelas prasekolah..pada ketika itu barulah saya tahu langit tinggi ke rendah. Apa yang ada dalam hati ...eeeeee.. menyesal semuanya ada... Cuba bayangkan saya perlu mengajar..sebelum mengajar kena cuci kelas..perlu pastikan keselamatan dan sebagainya..lepas mengajar cuci tandas., cuci longkang..dan macam2 lagi..Saya menangis sorang2,,,saya penat sangat..time makan saya orde kantin. Murid-murid pula ada yang tidak mahu berenggan dengan ibu lagi..puas memujuk tetapi tak jalan..akhirnya dengan ibupun saya mengajar. Tetapi alhamdulillah saya bersyukur sangat..waris yang menunggu anaknya itu banyak membantu saya.
Begitu la sedikit sebanyak pengalaman sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan prasekolah ini. Saya mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk betul2 mengenali apa itu Prasekolah. Sekarang kalau diberi pilihan lagi saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang prasekolah ini, tetapi rezeki saya bukan dalam prasekolah tetapi dalam bidang lain. Terima kasih diucapkan kepada kawan2 di PKG Kodiang, PPD Kubang Pasu lebih2 lagi Pn. Osma yang banyak sangat memberi pendedahan dan bimbingan yang membina untuk guru prasekolah. Juga tidak lupa kepada guru2 di skhwy yang sudi menolong seadanya berkaitan dengan program prasekolah sama ada peringkat sekolah ataupun peringkat PPD dan JPN. Sesekali juga tidak lupa untuk suami dan anak2 yang amat memahami erti kesibukan menjadi seorang guru prasekolah .

1 comment:

  1. pada sesiapa yang sudi masuk ke blog saya..persilakan beri komen..mudahan2 saya boleh guna untuk memperbaiki kelemahan yang ada..saya murid baru belajar....

    ReplyDelete