Saturday, July 31, 2010

Lawatan Ke Zoo Taiping

Bergambar bersama kak atin...di luar muzium taiping...belakang tu kepala keretapi
.Ada banyak lagi benda2 bersejarah kat sini...emm menarik dan sesuai untuk murid2 sekolah....sejarah perlu diajar dan diterangkan kepada mereka .....generasi akan datang...
Masa ni...tengah tunggu bas untuk ke muzium Taiping... sempat lagi bergambar dengan sebahagian murid prasekolah....yang lain....entah..letih sangat kut.....

Kesian dekat Soleh yang bergelar handsome boy.....demam panas....mungkin tak tahan dengan sejuk kut...masa di dlm bas....mama dia baru perasan selepas makan tengahari di bukit larut....sampai je di zoo...dia muntah,....Jadi semasa kawan2 yang lain sedang asyik dengan 'kawan'2 dlm zoo...soleh diam saja.



Masa ni kat dalam muzium...waris dengan murid2 berselerak..jadi tangkap yang ada saja le....boleh la buat kenangan



Ha......ni dia ...rombongan skhwy ke zoo Taiping.....waris, cikgu2 dan murid prasekolah yang disayangi......




Apa pasal pula dengan Farhana tuuuu.....orang tgh asyik berposing dia buat hal diaaa je....



Masa nii...baru turun dari keretapi...berlatar belakangkan kawasan gajah....wauuu...bestla bawa waris2 ni...riuh rendah kat atas train....ade saja mereka nak tegur tentang 'kawan'2 kat dalam zoo tuuu....masa ni semua tengah ketawa ..kenapa? aaaaa lihat gajah menari......


Sedang menanti train.....bukan main lagi murid2ku...nak jumpa haiwan2 kat dalam zoo....alhamdulillah dapat muat semua ahli rombongan...walaupun pada awalnya tercicir 3 orang...mujur la cikgu za cepat bertindak...dia berkeras juga suruh waris tu naik train yang sama...jika tidak kesian le .....terpisah dengan group....terima kasih Za....

He3....ni..la kawan2 saya yang sudi pergi ke zoo taiping...buat semangat..sebenarnya saya bimbang dan rasa berdebar sangat untuk ke zoo ni...almaklumlah saya ni cepat 'gabra
' Terima kasih untuk cikgu azliza dan cikgu azizah....ada lagi ustazah Musmuzielawati ngan suami dan tentulah pembantuku pn.Norsobah....


bestkan tengok mereka mandi....rugila tak masuk aktiviti ni dalam kertas kerja...bimbang takut perkara yang tidak diingini berlaku...tambahan pula saya tak pernah sampai ke bukit larut ni...oooooo rupa2nya best...lihatlah anak muridku yang nakal ...melanggari arahan......he3 anakku sendirila farhana dan shahira..... member2 yang lain pun cuba2 juga tetapi ..takut dengan suara2 dari atas...siapa lagi mama mereka le......



Haaaaaa......masa ni kami sedang menjamu selera di kaki bukit larut....syok makan sambil lihat air mengalir dicelah2 batu......bunyi air memang mengasyikan......tengok le...zie melayan kerenah si kecilnya......









Atas bas...semasa nak bertolak...sebelum bertolak saya beri taklimat sedikit tentang keselamatan anak2 dibawah t/jawab waris... selepas itu pn. norsobah mengepalai membaca doa , alhamdullilah.....perjalanan kami selamat pergi dan balik



Terima saya hulurkan buat semua yang terlibat di dalam menjayakan lawatan sambil belajar ini. Mudah-mudahan ia akan memberi impak yang positif kepada murid2 prasekolah . Tidak lupa juga untuk tuan guru besar yang telah mencadangkan beberapa tempat untuk dilawati...tetapi tidak semua tempat yang dicadang itu kami pergi....kerana kesuntukan masa dan salah seorang murid tidak sihat. Sebenarnya tuan guru besar memang bercadang untuk bersama-sama dalam lawatan ini, tetapi kerana ada hal yang lebih penting beliau tidak dapat turut serta. Walau bagaimanapun lawatan ini telah mencapai objektif dan matlamatnya. Hubungan antara waris dan komuniti luar dengan pihak sekolah juga bertambah erat. Terima kasih sekali lagi untuk semua yang terlibat.







No comments:

Post a Comment